Terajui kuih traditional yang berkekalan sepanjang zaman
Kenali Kami
Sekiranya anda sedang mencari doorgift untuk sebarang majlis keramaian misalnya majlis perkahwinan, majlis pertunangan,kenduri aqiqah anak dan apa jua majlis anda telah datang ke tempat yang betul. Cakar Ayam Nor ada menyediakan pelbagai pilihan cenderahati yang dibuat dari kuih cakar ayam untuk diberikan pada para tetamu. Kepakaran kami adalah dalam menyediakan kuih cakar ayam sarang burung sebagai doorgift untuk para tetamu anda. Kami telah memulakan perniagaan kuih cakar semenjak tahun 2008. Kami sentiasa menyediakan kuih yang rangup dan sedap untuk pelanggan-pelanggan kami. Kami juga memberikan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Pasti anda akan berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan.
